Thursday, June 17, 2021

Kepada mereka yang membuat tuduhan melulu: kalau kau berubat dengan perubatan moden, kau “mempertuhankan manusia”, “mensyirikkan Allah” & “mendewakan Barat”, meh aku nak cakap sikit:


Aku beriman kpd Allah SWT yang Satu. Kenapa? Kerana bukti Kewujudan dan KekuasaanNya ada di mana sahaja.

Aku beriman kepada kebenaran Nabi s.a.w. sebagai utusanNya. Kenapa? Kerana bukti kebenaran ada pada sifat2 baginda yang terlalu hebat: mustahil baginda penipu, penyair, ahli sihir ataupun gila.

Aku beriman kepada kebenaran Kitab yang diturunkanNya. Kenapa? Kerana bukti kebenaran ada pada keindahan bahasa AlQuran, yang penuh makna, yang tidak mungkin direka oleh manusia mahupun jin. 
Selain fakta2 saintifik & sejarah didalamnya yang tidak mungkin diketahui manusia 1500 tahun dahulu.

Aku beriman kepada AlQuran dan Sunnah sebagai panduan hidup, kerana kedua2 sumber ini begitu menyeluruh, begitu halus, saling melengkapi & melengkapkan sesiapa yang mengikuti panduannya. 
Serta kesahihan kedua2 sumber ini telah dijaga oleh Allah melalui usaha sahabah2 Nabi, tabi’in, tabi’ tabi’in dan ulama zaman berzaman.

Aku percaya kepada nasihat ulama’ yg berkelayakan yang tugas mereka adalah menafsir AlQuran & Sunnah bagi menyelesaikan permasalahan zaman dan waqi’ mereka. 

Atas sebab aku beriman kepada perkara2 di atas, aku percaya bahawa virus covid ini wujud sebagai ujian daripada Allah. Lalu tugasku sebagai hamba adalah dengan bertaubat, bertaqwa dan mengikuti suruhanNya: yakni berikhtiar melindungi diri, keluarga dan masyarakat sekeliling daripadanya. 
Aku berpegang kepada suruhan Nabi secara amnya dan dalam bab penyakit berjangkit khususnya: merujuk kpd pakar dan taat kpd ulul amri, iaitu dengan mengamalkan quarantine, penjarakan sosial, berubat dgn ubatan yg telah dikaji, dll.

Atas sebab aku beriman kepada perkara2 di atas, aku tak beriman kepada teori konspirasi, kepada audio mak teh, kepada video WhatsApp & FB.

Kenapa? Sebab Islam adalah deen yang berasaskan bukti, fakta dan dalil. Bukan sentimen, emosi, ego, “aku rasa”, & “kawan aku kata”.

Jadi cukup2lah dengan tuduhan syirik tu terhadap kami yang berubat dengan ubatan yang dianjurkan pakar. 
Kami ikut sunnah, kamu pulak ikut apa?

2 comments: