Wednesday, January 13, 2021

 Vaksin ni ibarat tali yang Allah hulurkan kepada seorang yang hampir lemas di lautan. Menjadi tanggungjawab si lemas itu untuk berpegang kepada tali tu - jika tidak, dia mungkin jatuh ke dalam kategori mereka yang membinasakan diri (satu perbuatan yg berdosa).


Dunia sekarang sedang lemas. 

Berapa ramai di luar sana berisiko dijangkiti Covid-19 dan mungkin mati? 

Berapa ramai yang hilang sumber pendapatan? 

Berapa ramai yang tidak mampu menziarahi sanak saudara dan menyambung hubungan silaturahim? 

Berapa ramai yang tidak lagi mampu mengimarahkan masjid?


Tapi di kala situasi sebegini, ada juga yang rajin berteori2 konspirasi dengan teori2 yang mengagungkan kuasa yahudi dan Freemason. Mereka kata Allah Yang Maha Berkuasa, tapi dalam minda mereka seolah2 yahudi yang lagi berkuasa (nastaghfirullah). 

Tidak sedarkah mereka bahawa angan2 mereka meletakkan nyawa keluarga, rakan2, jiran2 dan kontak2 rapat mereka dalam bahaya?

Allah dh bagi tali, sempat lagi si lemas berfantasi?


Usaha dan tawakkal. 

Anti-vaksin bukan tanda kuatnya iman, tetapi sebenarnya simptom minda yang hidup dalam ketakutan.